Cheesy recipes..............


Light Cheese Cake

Bahan-bahan [standard size]-loyang 8"
• 125g cream cheese [ nak rasa cheese lebih sket,leh letak 150g]
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon

 
Sediakan periuk,masukkan susu..mentega..dan cream cheese,panaskan dengan api perlahan.Biar cair..kacau selalu ye supaya tak berkerak. Guna hand whisk untuk lebih senang.. tak payah tunggu mendidih tau! Dah cair tu tutup api..ketepikan jap,jangan buang lak..ehe
Sediakan 2 bekas,satu bekas besar sedikit dan yang satu tu sederhana laa seperti dalam gambar.. Pecahkan telur dan asingkan putih dan kuningnya. Pastikan dalam bekas putih telur tidak terdapat kuning telur dan bekas tu bersih tanpa kesan minyak ye. Seperti biasa,hasil terbaik adalah menggunakan telur yang segar.

Sekarang ambil bekas berisi putih telur,kita buat meringue dahulu..
Pukul putih telur sehingga berbuih,masukkan gula halus. Pukul lagi sehingga buih halus dan ringan. Adalah penting untuk meringue korang benar2 ringan untuk hasilkan kek yang ringan. Perhatikan gambar no 4 di atas ni, itu adalah yang dipanggil 'soft peak'. Kalau tak yakin gak,boleh buat seperti gambar di bawah..
Meringue yang sudah siap. Mangkuk/bekas cuba diterbalikkan tetapi adunan tidak tumpah sebab ia sudah benar2 kental.

Sekarang ambil bekas berisi kuning telur dan pukul seketika
Pukul sehingga sebati,tidak perlu terlalu kembang..pukul sekitar 1 minit dah ok..

*PANASKAN OVEN PADA SUHU 160c sementara terus menggodek2 adunan ini



kek lapis cream cracker cheese


Bahan-bahan ( 5-7 orang )
  • 1 kotak kecil cream cheese philadelphia
  • 300ml nestle cream
  • 2sb mentega
  • 3sb gula
  • Biskut cream cracker 

Cara-cara
  1. Pukul semua bahan-bahan di atas sehingga sebati & lembut kecuali biskut cream cracker.
  2. Sediakan loyang. Pastikan loyang dilapis dengan wrapping cling film, atau kertas minyak untuk memudahkan kek dikeluarkan bila dah siap nanti.
  3. Susun biskut cream cracker di dalam loyang. Setelah itu lapiskan dengan adunan no.1 tadi. Ulangi step ini sehingga adunan no.1 habis.
  4. Sejukkan kek di dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Selepas itu, keluarkan kek dari loyang. Kek sedia untuk dimakan bila dah dipotong.



Caramel cheesecake


Bahan-bahan ( 18cm )

  • Krim
  • 250g cream cheese - suhu bilik
  • 3 biji telur
  • 1cwn(200ml) sour cream
  • 1cwn(200ml) fresh cream
  • 120g gula
  • 2 sudu besar corn starch
  • beberapa titik vanila esen
  • Lapisan bawah
  • 100g biskut marie/ graham cracker
  • 50g butter(cairkan)
  • Caramel
  • 1/4 cwn(50ml) fresh milk
  • 80g gula

Cara-cara

  1. Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi berketul
  2. Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi.
  3. Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan fresh milk. Ketepikan
  4. Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula -> esen vanila -> sour cream -> telur -> corn starch -> fresh cream ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk krim.
Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas cream tadi.
  1. Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit. untuk mengelakkan hangus pada permukaan bolehlah letak aluminium foil selepas 30 minit pertama. Bakar secara double-boiler dgn meletakkan air suam di dalam dulang.

Oreo Cheese Cake


Bahan-bahan ( 1 tin kek bulat (diameter : 10 inci) )

  • :: BASE ::
    120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja)
  • 120 g mentega cair
  • :: FILLING ::
    (A)
    2 biji kuning telur
  • 120 g gula
  • 160 ml susu
  • (B)
    250 g cream cheese
  • 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
  • 250 g whipping cream (dipukul sedikit) [selalunya dijual dalam paket mcm susu kotak di bahagian diary products di supermarket]
  • 1/2 sudu besar jus limau (lemon)
  • Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE
  • 2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)

Cara-cara

BASE : Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras.
Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil - mcm dalam gambar]
Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
  1. Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam
  2. :: Variasi Satu ::
    kalau tanak gunakan Oreo, leh juga digantikan dengan biskut marie, tetapi gula perlu ditambah 20g
  3. :: Variasi Dua ::
    kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan dalam base, masukkan 2-3 sudu besar blueberry pie filling dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak selebihnya di atas


Simple strawberry rare cheesecake


Bahan-bahan ( 6 demitasse cup )

  • 200gm strawberry
  • @ 250gm cream cheese (biarkan lembut pada suhu bilik)
  • @ 200gm fresh cream
  • @ 5sb susu segar
  • @ 50gm gula
  • @ 1/2 sb lemon juice
  • # 10gm gelatin
  • # 50cc air panas
  • untuk hiasan -- strawberry, whipping cream

Cara-cara

  1. buang kelopak hijau dan bersihkan strawberry.
  2. masukkan semua bahan bertanda @ kedalam food processor ataupun blender. pulse sampai semua hancur.
  3. campur bahan bertanda # dan kacau sampai gelatin cair. masukkan kedalam 2. pulse lagi sekejap.
  4. tuang kedalam bekas kecil dan sejukkan didalam peti ais sehingga keras.
  5. bolehlah hiaskan sebelum dihidangkan.



Best No Bake Cheesecake


Bahan-bahan ( 1 loyang bulat 9 inci )

  • 3 cawan biskut digestive, dihancurkan
  • 2/3 cawan gula perang, dipadatkan
  • ¾ sudu teh serbuk kayu manis
  • 2/3 cawan mentega, dicairkan
  • 2 (8 oz) krim keju
  • 2 sudu makan chocolate emulco
  • 2 sudu besar serbuk gelatin
  • ½ cawan air panas
  • 2 cawan krim putar
  • 2/3 cawan gula
  • 1 tin strawberi topping

Cara-cara

Dalam mangkuk yang kecil, campurkan biskut digestive, gula perang dan serbuk kayu manis. Masukkan mentega cair dan gaul sehingga sebati. Tekan adunan ini ke dasar loyang springform berukuran 9 inci. Sejukkan sehingga biskut keras sedikit.
Dalam mangkuk mixer, masukkan whipped cream dan pukul dengan kelajuan laju sehingga ia kental. Angkat dan ketepikan.
  1. Serbuk gelatin dicampurkan dengan air panas dan dikacau sehingga ia larut. Ketepikan.
  2. Pukul krim keju, gula, chocolate emulco sehingga sebati. Masukkan bancuhan gelatin yang telah disediakan tadi dan pukul sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan krim putar dan pukul adunan sehingga ia sebati dan rata.
Tuang adunan keatas biskut yang telah disediakan dan sejukkan didalam peti sejuk selama berapa jam atau semalaman. Sebelum dihidang tuangkan topping strawberi dan kemudian keluarkan cheesecake dari loyang springform.
  1. NOTA: Sekiranya anda inginkan cheesecake perasa original gantikan 2 sudu makan chocolate emulco dengan 2 sudu makan jus lemon. Dan boleh juga gunakan topping blueberi. Bergantung kepada jenis krim putar yang anda gunakan, sekiranya cheesecake anda agak tidak mengeras dan mantap, boleh masukkan kedalam freezer selama 1 jam dan kemudian keluarkan dan potong dan hidangkan.


Caramel Cheese Pudding


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • [ Karamel ]
  • 70g gula
  • 2 sudu kecil air
  • 2 sudu besar air suam
  • [ Puding ]
  • 180g cream cheese
  • 70g gula pasir
  • 1 biji telur kuning
  • 3 biji telur
  • 450g susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara-cara

  1. Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
  2. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
  3. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
  4. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
  6. Sejukkan sebelum dihidang.



Cream Cheese Gelatin


Bahan-bahan ( 4 org )

  • 1 Paket Cream Cheese (8 ounce)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 paket gelatin tanpa perisa
  • 1/3 cawan air yang mendidih
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2 cawan frozen whipped cream

Cara-cara

  1. pukul cream cheese dan gula hingga sebati menggunakan food mixer.
  2. sementara itu,cairkan gelatin dengan menggunakan air panas yang baru mendidih.
  3. masukkan gelatin bersama susu,esen vanilla dan jus lemon ke dalam cream cheese tadi.
  4. kemudian masukkan whipped cream.
  5. pukul hingga sebati dan masukkan kedalam acuan sejukkan didalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam.







No comments:

Post a Comment