resepi nasi ayam madu & nasi ayam penyet simple

Nasi ayam madu

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • [hiasan]
  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi






Ayam penyet black paper simple

Bahan-bahan ( 2 org )

  • Untuk Bahan Ayam:
  • 1) 2 whole leg old chicken ( ayam biasa pun boley tapi old chicken lagi best bagi eika. >_<)
  • 2) bwg putih 5 ulas - *
  • 3) bwg besar/bwg merah 1 biji - *
  • 4) ketumbar 1 sudu besar - *
  • 5) serbuk kunyit 1 sudu kecil
  • 6) serbuk black paper/ sos black paper sedikit - ikut suka nak byk maner. kalau tak ada ney pun tak apa taw.
  • 7) garam 1 sudu kecil
  • Untuk sambal :
  • 1) cili padi merah 5 btg, cili padi hijau 5 btg, lada merah 2 btg
  • 2) ikan bilis segenggam kecil- ikut suka, saya suka letak lebih lagi best.
  • 3) 2 cm belacan
  • 4) 2 biji tomato- dipotong 4
  • 5) 2 biji bwg putih, 1/2 biji bwg merah- dihiris

Cara-cara

  1. Cara-cara Perap Ayam:
  2. a) kisar bahan yang bertanda *
  3. b) sambil kisar bahan boley la rebus ayam pencen tadi 5- 10 min, jgn lelama nty lembut sgt tak sedap plak.
  4. c) campur semua bahan diatas dalam mangkuk, garam lau nak letak lebih pun takper, ikut selera. dan perap selama 1/2 jam
  5. d) dah boleh goreng!! dgn api yg sederhana yew.!
  6. Cara Buat Sambal :
  7. a) Goreng ikan bilis, lepas tue goreng belacan dan ketepikan.
  8. b) goreng cili padi, lada merah, tomato, kesemua bawang dalam satu kuali yg sama macam goreng sayur tue.
  9. c) tumbuk semua bahan yg dah di goreng. dan lepas tumbuk panaskan dalam kuali, letak garam, ajinamoto, gula satu sudu besar bagi rasa pedas2 manis.
  10. note: hidangkan ayam penyet black paper , sambal, tempe goreng, tauhu goreng,kacang panjang, ulam tenggek burung bersama dalam satu pinggan. hidangkan bersama sup kosong dan nasi panas. Nikmatinya!!!